
Secara tradisi, Timur Dekat dianggap oleh ahli-ahli arkeologi dan sejarahwan silam sebagai barat daya Asia, khususnya kawasan yang dikelilingi oleh Laut Mediterranean, Laut Hitam, Laut Kaspia, Laut Merah, dan Teluk Parsi/Arab. Pada era moden, Timur Dekat merangkumi negara Israel/Palestin, Lebanon, Syria, Turki, Jordan, Iraq, dan barat Iran. Sebahagian sejarahwan turut memasukkan Cyprus dan Transkaukasus (Georgia, Armenia, Azerbajian) ke dalam takrifan Timur Dekat, walaupun hakikatnya masing-masing lebih sesuai dirangkumkan ke dalam "Mediterranean timur" dan " Kaukasus". Mesir walaupun terlibat sebagai salah sebuah negara anggota Timur Dekat dalam sejarah silam, ia sering dikecualikan daripada pengistilahan tersebut. Bagi penyelidik dan jurnalis politik moden, istilah "Timur Tengah" digunakan bagi merujuk kawasan geografi yang sama dengan Timur Dekat. Rantau ini secara umum dianggap sebagai "buaian tamadun" kerana banyak perkembangan penting dalam sejarah manusia, seperti teknologi pertanian, sistem tulisan, dan kota terawal, lahir di sana.