Iaxartes

11 hari yang tinggal

Melabur dalam Pendidikan Sejarah

Dengan menyokong badan amal Yayasan Sejarah Dunia kami, anda melabur dalam masa depan pendidikan sejarah. Sumbangan anda membantu kami memperkasakan generasi akan datang dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk memahami dunia di sekeliling mereka. Bantu kami memulakan tahun baru bersedia untuk menerbitkan maklumat sejarah yang lebih dipercayai, percuma untuk semua orang.
$2822 / $10000

Inti Sari

Antoine Simonin
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada 28 April 2011
Terdapat dalam bahasa lain: Bahasa Inggeris, orang Serbia, Sepanyol
Dengarkan artikel ini
X
Cetak Artikel

Iaxartes, atau kini dipanggil sebagai Syr-Daria, merupakan sebatang sungai yang berhulu di sebelah barat Pergunungan Pamir di Fergana (Di Kyrgyzstan moden) dan mengalir ke seluruh Kazakhstan, Tajikistan, dan Uzbekistan moden menuju ke Tasik Aral, meliputi jarak sejauh 2212 km. Pada zaman purba, sungai ini mengalir ke Fergana dan Sogdiana sekaligus menandakan sempadan Steppe-Steppe Asia Tengah. Sungai ini menjadi tulang belakang bagi kawasan berkenaan lantaran ia membolehkan sistem-sistem pengairan dibangunkan di kawasan gersang itu. Sungai ini juga mempunyai makna yang simbolik bagi tamadun-tamadun barat, kerana ia menandakan perbatasan antara dunia bertamadun di sebelah selatan dan dunia nomad di sebelah utara. Sungai ini mempunyai pelbagai nama berdasarkan sumber-sumber yang berbeza, seperti Araxes (sungai deras) atau Yakhsha Arta dalam bahasa Parsi. Bangsa Medes menjadikan Sungai Iaxartes sebagai sempadan utara yang memisahkan antara masyarakat bertamadun dan masyarakat nomad (seperti suku-suku Scythia) dan tradisi ini terus diamalkan oleh bangsa Parsi. Raja Parsi, Cyrus Agung menubuhkan kota Cyropolis pada tahun 544 Masihi di kawasan sebelah Sogdiana dari sungai ini, dengan tujuan menjadikannya sebagai 'kawasan penampan bagi Empayar Parsi terhadap suku-suku nomad” (Strabo, XI 11.4.). Namun malangnya, menurut Herodoutus, beliau meninggal dunia berhampiran sungai ini ketika memerangi Massageate dalam cubaan menjadikan suku tersebut sebagai bawahannya. Semasa Alexander Agung menyerang Empayar Parsi, beliau menjadikan Iaxartes sebagai perbatasan timur laut empayarnya. Beliau membina bandarnya yang paling maju di Iaxartes pada tahun 329 Sebelum Masihi, dan diberi nama Alexandria Eschate (Alexandria yang paling jauh). Pada tahun sama, beliau menghancurkan Cyropolis selepas berlakunya pemberontakan Sogdiana dan memenangi sebuah pertempuran penting ke atas suku Scythia di Iaxartes sekaligus sempadan utara ini kekal ampuh sehingga ke detik kemangkatannya. Selepas kemangkatan Alexander, sungai ini terus dijadikan sebagai perbatasan. Namun, semakin lama semakin banyak pasukan tentera nomad yang berjaya merentasinya. Kehadiran kuasa politik Yunani yang terakhir di sini ialah Yunani-Baktria yang berada di bawah pemerintahan Euthydemos (sekitar 230-200 Sebelum Masihi). Selepas tempoh pemerintahannya, Iaxartes tumbang ke tangan suku Saka, Yuezhei dan seterusnya Kangju yang kesemua suku nomad ini menggempur ke arah selatan dan memerangi empayar Yunani-Baktria dan Parthia.

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Antoine Simonin
Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.

Nyatakan Kerja Ini

Gaya APA

Simonin, A. (2011, April 28). Iaxartes [Iaxartes]. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diperolehi dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-638/iaxartes/

Gaya Chicago

Simonin, Antoine. "Iaxartes." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai April 28, 2011. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-638/iaxartes/.

Gaya MLA

Simonin, Antoine. "Iaxartes." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 28 Apr 2011. Web. 20 Dec 2024.