Oxus

7 hari yang tinggal

Melabur dalam Pendidikan Sejarah

Dengan menyokong badan amal Yayasan Sejarah Dunia kami, anda melabur dalam masa depan pendidikan sejarah. Sumbangan anda membantu kami memperkasakan generasi akan datang dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk memahami dunia di sekeliling mereka. Bantu kami memulakan tahun baru bersedia untuk menerbitkan maklumat sejarah yang lebih dipercayai, percuma untuk semua orang.
$3450 / $10000

Inti Sari

Antoine Simonin
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada 28 April 2011
Terdapat dalam bahasa lain: Bahasa Inggeris, Perancis, orang Serbia, Sepanyol, Turki
Dengarkan artikel ini
X
Cetak Artikel
Oxus River (by Shannon1, CC BY-SA)
Sungai Oxus
Shannon1 (CC BY-SA)

Oxus merupakan sebatang sungai yang bahagian baratnya kini dikenali dengan nama Amu Darya manakala bahagian timurnya disebut sebagai Wakhsh. Sungai ini mengalir sepanjang 2400 km melintasi beberapa buah negara moden seperti Tajikistan, Afghanistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan hinggalah ke Tasik Aral. Pada zaman silam, sungai ini mengalir di sepanjang Fergana, Baktria, Oxeiana, Sogdiana dan Khiva.

Oxus dan Iaxartes disifatkan sebagai sungai kembar kerana berkongsi destinasi, trajektori dan rupa sungai yang hampir serupa, di mana ia hanya mengairi kawasan yang kecil di tempat ia mengalir. Walau bagaimanapun, sama seperti Iaxartes, kewujudan Sungai Oxus membolehkan sistem pengairan berskala besar dibina sekaligus menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan sejarah di rantau tersebut.

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Sungai Oxus merupakan pusat bagi tamadun-tamadun dan kerajaan-kerajaan Baktria yang muncul secara bersilih-ganti. Ia turut berfungsi sebagai penanda sempadan antara satrapi Sogdiana milik Parsi di bahagian utara dan Baktria di bahagian selatan, sambil bahagian baratnya pula diduduki oleh suku-suku nomad. Beberapa buah kota turut ditubuhkan di situ, yang kebanyakannya lebih masyhur dengan nama Yunani, seperti Alexandria Oxeiana (Termez).

Menurut sejarah, Alexander Agung pernah merentasi Sungai Oxus sebanyak tiga kali sepanjang tahun 329 hingga 327 SM. Beberapa tempoh kemudian, bahagian timur Sungai Oxus membangun sebagai pusat kerajaan Yunani-Baktria, manakala bahagian baratnya terutama di Oasis Khiva menjadi wilayah milik suku Parni yang kemudiannya muncul sebagai tamadun Parthia yang bertanggungjawab menyerang Empayar Seleucid.

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Antoine Simonin
Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.

Nyatakan Kerja Ini

Gaya APA

Simonin, A. (2011, April 28). Oxus [Oxus]. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diperolehi dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-788/oxus/

Gaya Chicago

Simonin, Antoine. "Oxus." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai April 28, 2011. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-788/oxus/.

Gaya MLA

Simonin, Antoine. "Oxus." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 28 Apr 2011. Web. 24 Dec 2024.