Dengan menyokong badan amal Yayasan Sejarah Dunia kami, anda melabur dalam masa depan pendidikan sejarah. Sumbangan anda membantu kami memperkasakan generasi akan datang dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk memahami dunia di sekeliling mereka. Bantu kami memulakan tahun baru bersedia untuk menerbitkan maklumat sejarah yang lebih dipercayai, percuma untuk semua orang.
Dinasti Diodotid merupakan sebuah dinasti Yunani-Baktria yang mempunyai dua orang pemerintah, iaitu Diodotos I dan puteranya, Diodotos II. Pemerintahan dinasti ini berlangsung pada tahun 250 SM hingga 230 SM. Walaupun tempohnya agak singkat, ia dianggap cukup signifikan lantaran Diodotos I adalah raja Yunani-Baktria yang pertama. Jata syiling bagi dinasti ini adalah Zeus bersama Kilatnya yang sabung-menyabung.
Pada mulanya, Diodotos adalah satrap Seleucid di wilayah Baktria. Namun beberapa tempoh kemudian, beliau menentang pemerintahan raja Seleucid, Antiochos II dan mengambil kesempatan di atas peperangan yang berlaku antara empayar Seleucid dan Ptolemaic untuk menubuhkan dinastinya sendiri. Beliau juga sempat memerangi raja-raja Seleucid dan Parni/Parthia, namun pada era pemerintahan puteranya, Dinasti Diodotid dan Parthia menjalinkan persekutuan. Dinasti Diodotid berakhir apabila Diodotos II digulingkan oleh Euthydemos yang kemudian menubuhkan dinastinya sendiri, iaitu Dinasti Euthydemid.
Simonin, A. (2011, April 28). Dinasti Diodotid [Diotid Dynasty].
(A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diperolehi dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-789/dinasti-diodotid/
Gaya Chicago
Simonin, Antoine. "Dinasti Diodotid."
Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai April 28, 2011.
https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-789/dinasti-diodotid/.
Gaya MLA
Simonin, Antoine. "Dinasti Diodotid."
Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 28 Apr 2011. Web. 21 Dec 2024.
Lesen & Hak Cipta
Ditulis oleh Antoine Simonin, disiarkan pada 28 April 2011. Pemegang hak cipta telah menerbitkan kandungan ini di bawah lesen berikut: Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike. Sila ambil perhatian bahawa kandungan yang dipautkan dari halaman ini mungkin mempunyai syarat pelesenan yang berbeza.